Bernama
Firma dana modal teroka, Cradle Fund Sdn Bhd bekerjasama dengan enam lagi rakan pelaburan bersama untuk menyokong syarikat permulaan teknologi Malaysia, menjadikan dana pelaburan bersama kini bernilai RM161.2 juta berbanding RM159.2 juta dalam kumpulan kelimanya pada Februari.
Enam rakan kongsi baharu itu dan Quest Ventures — menjadikan Cradle Fund mempunyai 25 rakan pelaburan bersama ekuiti berbanding 19 pada masa ini.